Tuesday, January 10, 2017

Perkongsian Puan N

Entri #121: Perkongsian
PO: Noor Azila Khalid
Foto: Google Images

 
 
Perkongsian puan N

Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.


Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.

 
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?

Pendaftaran dibuka.
 
 
Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 
   


Monday, January 9, 2017

IKLAN UNTUK INSTAGRAM

Entri #120: Iklan untuk instagram
Sumber: http://sifufbads.com/blog/tutorial-fb-ads/tutorial-cara-bina-instagram-ads-dalam-power-editor/


### Nota untuk rujukan sendiri..:) ..kalau nak lebih detail boleh klik pada link asal ye..


Adakah anda pengguna Instagram untuk bisnes?

Berminat nak buat iklan untuk Instagram?

Jom baca tutorial ini!

Semasa artikel ini ditulis, mungkin ada di antara anda yang masih belum dapat fungsi untuk bina iklan Instagram.. tapi, jangan risau! Anda pasti akan dapat fungsi ini tak lama lagi…

Dalam artikel ini, saya nak tunjukkan pada anda cara bagaimana buat iklan menggunakan Instagram..

1) Mula-mula, anda perlu connect dulu fanpage anda dengan akaun Instagram.



Jika anda masih belum ada lagi akaun Instagram, anda boleh terus bina akaun melalui facebook.

Pilih ‘Create New Account’, kemudian masukkan Username dan Email anda…


Emel pengesahan akan dihantar ke emel anda. Anda perlu setkan password untuk akaun Instagram anda.

2) Dah siap buat akaun Instagram anda? Ok, jom kita mula bina iklan..

Langkah pertama, masuk ke Power Editor..

Tak tahu cara guna Power Editor? Anda boleh baca artikel di bawah…
Tutorial ‘Power Editor’ Terbaru 2015

Dalam Instagram Ads, anda hanya boleh bina 3 jenis iklan;
Click to Website
Mobile App Installs
Video Views


Dalam contoh artikel ni, saya pilih objektif ‘Click to Website’..

Jika anda nak cuba buat iklan guna objektif yang lain pun boleh, caranya lebih kurang sama..

3) Selepas anda pilih objektif iklan instagram, anda perlu pilih siapa sasaran audiens anda.

Kebanyakkan fungsi targeting audiens boleh digunakan dalam Instagram Ads. Anda boleh boleh gunakan cara yang sama dengan Facebook Ads.

Untuk pemilihan placement iklan, anda boleh sasarkan pada audiens di Instagram dan facebook pada satu masa. Tapi, saya syorkan anda untuk pilih hanya satu placement sahaja. Buat SPLIT TEST untuk setiap satu placement.


4) Selepas selesai setting audiens iklan anda, sekarang anda perlu bina satu post iklan..

Pilih fanpage yang anda ingin gunakan, kemudian connect dengan akaun Instagram anda…


Jika anda dah connect akaun Instagram ke fanpage, secara automatik ia akan connect dalam Power Editor..


Kemudian, anda perlu bina post iklan pula..

Masukkan url website yang anda ingin promosikan, tulis ayat iklan yang sesuai..


Anda boleh lihat PREVIEW iklan di sebelah kanan monitor anda. Jika tak sesuai dari segi gambar dan ayat, anda boleh adjust semula..


Biasanya, MASALAH yang mungkin anda hadapi semasa buat iklan instagram ni adalah SAIZ GAMBAR.

Lihat pada gambar di bawah..
gambar yang paling sesuai diletakkan untuk buat iklan adalah bersaiz SQUARE.
gambar tidak boleh ada ayat melebihi 20%


Jika saiz gambar bukan bentuk SQUARE, anda boleh CROP gambar tersebut..




.. tapi, tak wajib pun adjust saiz gambar tersebut, boleh je buat saiz gambar yang bukan bentuk square. Kalau tak boleh, barulah anda sendiri adjust saiz gambar tersebut.

Lepas siap setting iklan anda, klik je butang hijau di bahagian atas Power Editor untuk UPLOAD ke Ads Manager.

Jadi, siaplah iklan Instagram anda.

Selamat mencuba!

Jangan lupa juga untuk follow Instagram Sifufbads


Banyak tips-tips percuma dan info terkini yang kami dah kongsikan di situ.




Sunday, January 8, 2017

Dilema Wanita

Entri #119: Dilema Wanita
PO: Noor Azila Khalid
Foto: Google Images

 
Dilema, keliru, fokus lintang pukang. Ada antara kalian yang menghadapi masalah seperti ini :

1. Eh, orang lain dah berhenti kerja sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah.

2. Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.


3. Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.

4. Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.

5. Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.

6. Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.

Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.

Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategorinya :

a. Belum sedia

b. kekal gagal

c. Tidak tahu apa-apa wahm, sahm soho- sebab nak google pun malas

d. sukses- dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja

(Petikan blog Puan Masayu Ahmad) ======================

Fokus perkara penting dalam apa jua yang kita lakukan.

Saya pun pernah menghadapi situasi yang sama. Semua mahu dijual. Nampak cantik, mahu jual, nampak untung besar, cepat laku nak jual, jual itu, jual ini akhirnya untung ciput tak fokus sudah tentu. Sekejap promo itu, sekejap promo ini. Bila kurang sales sudah malas mahu buat.



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 
 
 
 

Wednesday, January 4, 2017

PROMOSI JANUARY

Entri #118: Promosi January
PO: Noor Azila Khalid
Foto: ABDR

PROMOSI!...






Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)


Tuesday, January 3, 2017

8 Tips Untuk Usahawan Internet


Entri #117: 8 Tips Untuk Usahawan Internet
Foto: Google Images
 
Sebagai newbie dalam biz. Saya banyak membaca berkongsian daripada mentor-mentor hebat. Blog ini salah satu tempat saya simpan nota untuk rujukan dan panduan sendiri dan mungkin berguna untuk sahabat-sahabat yang lain. Sumber asli boleh rujuk pada link ye. :)..
 
 
 
 
Pesana Sifu FbAds...

” Dalam bisnes internet ni kita akan jumpa macam-macam halangan. Kaedah pemasaran yang berjaya digunakan sebelum ini tak semestinya berguna pada masa akan datang. Persaingan pula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kos pemasaran juga semakin meningkat. Orang dengki ? Ada juga di dalam dunia online ini. Belum kira ‘parasit’, hijack, dan macam-macam lagi lah.

 
Tapi takkan kita nak MENGALAH ?

Perkara normal dalam dunia bisnes ini, akan ada cabaran-cabaran menanti! Jika tiada cabaran, bagaimana kita nak jadi maju dan berdaya saing. Dengan ada cabaran-cabaran ini, barulah kita akan menjadi lebih kuat dan lebih bersedia!

Oleh itu, kita sebagai usahawan internet perlu;

1) Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Orang guna fb ads, kita kena guna! Orang guna google adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, kita pun kena ada.

2) Tidak terlalu bergantung dengan satu-satu medium pemasaran internet. Gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, gunakan google, gunakan emel, forum, web/blog, instagram dan lain-lain.

3) Kumpul database! Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dengan Emel, No telefon daripada fans yang sedia ada. Kena cepat bertindak!

4) Tingkatkan awareness terhadap branding (jenama)! Bila orang kenal brand kita ni, lagi senang kito nak berniaga. Tak perlu cari orang, orang akan cari kita!

5) Kreatif! Ya, kena sentiasa berseni dan kreatif dalam dunia bisnes ni! Takkan kita nak buat sama macam orang lain buat! Persaingan sengit, so kita kena jadi lebih kreatif. Kena lain dari yang lain. Bagaimana nak tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing-pesaing kita ? Kaji pesaing anda dan buat lebih dari pesaing anda!

6) Bertindak pantas ketika peluang muncul! Ini antara rahsia jutawan-jutawan di internet! Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya besar-besaran. PULUN HABIS-HABISAN SEBELUM PESAING-PESAING MASUK LINE!

7) Kos pengiklanan! Ya jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang pada bisnes anda. Tidak kira apa jua jenis pengiklanan pun – FB Ads ke, Google Ads ke , yang penting anda mesti berani melabur! Tiada kos pengiklanan tiada sales, ingat tu!

8) Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2tahu, 5 tahum, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan ‘backup plan’ jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan plan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru.


Sekian saja tips biasa-biasa dari saya untuk mereka yang berbisnes internet, semoga artikel ini dapat berikan manfaat pada anda semua.
 
 
 

Monday, January 2, 2017

EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Entri #116: Bisnes Makanan
PO: Noor Azila Khalid
Foto: ABDR
Sumber: Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

[IDEA MEMULAKAN BISNES DARI RUMAH]

Bisnes Makanan

1. Bisnes Sarapan Pagi
2. Jualan Menu Tengahari
3. Membekal/Menjual Menu Bajet Pelajar
4. Katering Kecil-Kecilan
5. Kek Dan Roti
6. Pek Rempah Ratus/ Resipi Mudah Suri Rumah
7. Makanan Sejuk Beku
8. Makanan Tradisi
9. Pelbagai Kerepek/ Keropok Pilihan Popular
10. Kelas Masakan


Jualan menu tengahari

Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,

Isnin- Menu Barat

Selasa- Hidangan ala carte

Rabu -Nasi lauk kampung

Khamis- Nasi Arab

Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelum, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.

Jom baca lagi dalam EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Ebook bonus pendaftran ke kelas online blog.



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)
 

Sunday, January 1, 2017

Risiko Menjalankan Bisnes Online Tanpa Mendaftarkan Syarikat

Entri # 115: Risiko Tidak Daftar SSM
Teks: Noor Azila Khalid
Sumber : Fb Puan Ainon Mohd
Foto: Google Images




Perlu ke ada SSM?

Ramai beniaga online ambil mudah perkara ini, menyebabkan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Ini memberi peluang kepada penipuan dalam biz online. SSM mengambil serius isu ini.

Apa kata Puan Ainon dalam kes ini:


Risiko Menjalankan Bisnes Online Tanpa Mendaftarkan Syarikat

Apakah tuan mahu menjalankan bisnes online, tetapi tidak mahu mendaftarkan perniagaan di SSM.

+ Adalah suatu kesalahan apabila kita berniaga tetapi tidak mendaftarkan perniagaan kita di SSM.

+ Kita wajib meletakkan nombor pendaftaran SSM pada blog, website dan page bisnes online kita.

+ Bank-bank di Malaysia memberi kerjasama kepada BNM, SSM, dan LHDN bagi men-trek pelanggan individu yang disyaki menjalankan bisnes tetapi menggunakan akaun nama peribadi. Bank akan bekukan akaun individu itu. Ini nahas besar!

> Bank trek akaun individu yang menunjukkan ada duit amaun besar yang masuk akaun individu itu. Contohnya RM50k.

> Bank trek akaun individu-individu yang sangat aktif menerima duit masuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...